Friday, February 29, 2008

Institut Management Melaka (IMM) telah diberikan tugas dan kepercayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk menganjurkan program ini bermula dari majlis pelancaran, menyusun program yang akan dilaksanakan dan memastikan program mencapai matlamat perlaksanaan . Syarikat Danau Digital turut terlibat secara langsung untuk melaksanakan program latihan ICT. Pelbagai perancangan telah disusun untuk melaksanakan misi program ini. Di ketuai oleh Dr. Zaharim dan Puan Adillah sebagai perancang utama program tugas-tugas yang perlu diselesaikan telah dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh IMM. Pembahagian tugas telah di agihkan bagi memastikan segala persedian dapat disiapkan mengikut jadual.


Perbincangan merancangan dan mengagihkan tugas bagi melicinkan lagi perjalanan program. Puan Adillah menerangkan kepada semua fasilitator tugas masing-masing yang akan dilaksanakan esok.



Antara krew yang paling sibuk adalah krew kuiz yang sibuk menyediakan soalan-soalan kuiz yang bakal di ajukan kepada perserta nanti. Tony dan Hajar membuat semakan terakhir soalan-soalan kuiz sekolah rendah dan menengah yang akan dilansungkan pada 2 Mac ini.




Nurul sempat bergambar dalam kesibukan menyediakan goody beg untuk perserta dan pengunjung program ICT.


Syafiq sibuk menyediakan komputer riba yang akan digunakan dalam program kursus ICT. 50 komputer riba perlu di sediakan bagi membolehkan ia digunakan semasa kursus nanti.



Azmin membuat kerja-kerja akhir untuk laman web yang dibangunkan khas untuk program Latihan ICT Melaka 2008.



Azim , pereka grafik bagi Program Latihan Rangkaian ICT Melaka 2008


Sardi membuat persiapan terakhirnya untuk pameran esok. Sardi merupakan seorang pengendali robot lego mindstorms yang mahir.


Hatta dan Rizal antara fasilitator yang akan turut serta dalam program nanti.


Memasang dan menghiaskan booth pameran DANAU di Rumah Media Melaka. Kelihatan Azim dan Long Chik sedang memasang banner DANAU.




Setelah hampir pukul 12 malam 29 Febuari 2008 segala persedian telah terlaksana. Kini semua pihak tidak sabar menantikan hari esok untuk memulakan program yang telah dirancangkan dengan jayanya.


by Program ICT @ 12:00 AM
2 Comments


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com