Monday, March 31, 2008 DUN MERLIMAU - HARI KEDUAHari kedua menyaksikan kunjungan para peserta yang teridi daripada para pelajar sekolah. Sebanyak sembilan buah sekolah yang terlibat dalam aktiviti pada hari ini. Mereka di pecahkan kepada para pelajar sekolah rendah dan juga para pelajar sekolah menengah. Bagi para pelajar sekolah menengah, mereka telah diajar untuk membuat blog.Satu pertandingan mencipta blog telah dijalankan dan Sekolah Teknik Jasin telah berjaya memenanginya. Untuk para pelajar sekolah rendah pula, mereka telah diajar untuk membina satu persembahan multimedia dan pengunaan internet secara positif. Di akhir aktiviti, satu kuiz ICT telah dijalankan. Berikut adalah senarai pemenang : Kategori Sekolah Rendah: Johan - Sekolah Kebangsaan Chinchin Naib Johan - Sekolah Kebangsaan Chabau Ketiga - Sekolah Kebangsaan Chohong Kategori Sekolah Menengah: Johan - Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Naib Johan - Sekolah Menengah Datuk Bendahara Ketiga - Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Sunday, March 30, 2008 DUN MERLIMAU - HARI PERTAMA Minggu ketiga PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA di jalankan di Kg.Chenderah, Merlimau Jasin. Pada kali ini, Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Seperti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum ini, hari pertama merupakan hari untuk para belia dan dewasa mempelajari dunia ICT. Sesi pembelajaran dan pengajaran bermula lebih kurang pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Kemudian acara diteruskan dengan upacara penutupan program yang disempurnakan oleh Puan Norita Jantan selaku Pemangku Ketua Eksekutif Institut Pengurusan Melaka. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah yang meriah.![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Sunday, March 23, 2008 :: MUKIM SERKAM - HARI KEDUA ::Hari kedua PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA di Dun Serkam, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Peserta yang pada awalnya dalam anggaran seramai 100 orang telah berubah menjadi seramai lebih kurang 150 orang. Pada hari ini para peserta terdiri daripada para pelajar sekolah. Mengikut perkiraan, setiap sekolah hanya dikehendaki menghantar 10 orang pelajar. Namun demikian, para pelajar yang lain telah mengambil inisiatif mereka sendiri untuk turut serta dalam program yang julung-julung kalinya diadakan ini. Sememangnya penyertaan mereka adalah sangat dialu-alukan terutama sekali bagi mereka yang kurang mahir dalam dunia ICT. Semoga dengan ilmu yang telah dicurahkan dan yang telah dikongsi bersama ini dapat dimanfaatkan kearah kebaikan. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Saturday, March 22, 2008 :: MUKIM SERKAM - HARI PERTAMA ::Hari ini tibalah giliran Dun Serkam untuk menerima kunjungan PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA Penyertaan daripada masyarakat Dun Serkam sememangnya amat menggalakkan. Untuk hari pertama, penyertaan dibuka kepada peringkat umur belia dan dewasa. Seramai lebih kurang 80 orang peserta yang berminat untuk mempelajari tentang dunia ICT ini. Para peserta telah didedahkan tentang pengunaan Internet secara positif yang dapat memberi manfaat kepada kehidupaan seharian mereka. Diketuai oleh Dr.Ahmad Zaharim dan dibantu dengan 12 orang fasilitator yang berwibawa, matlamat program pada hari pertama telah berjaya dicapai. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Sunday, March 2, 2008 MUKIM BUKIT BARU-HARI KEDUA PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA. Hari kedua program menumpukan kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Untuk sesi pertama, para pelajar di ajar bagaimana untuk membina satu persembahan multimedia. Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi semasa sessi pengajaran ini dijalankan. Sesi kedua pula para pelajar dikehendaki menggunakan internet secara positif. Para pelajar telah dibahagikan mengikut fasilitator masing-masing. Mereka telah diberikan aktiviti dimana aktiviti tersebut akan dinilai dan persembahan terbaik akan menerima hadiah berupa Pen Drive 1G. Aktiviti yang dijalankan ialah para pelajar dikehendaki menyediakan satu bajet percutian dan dalam bajet tersebut ia haruslah terdiri daripada jadual penerbangan pergi dan balik, keadaan cuaca di negara yang dilawati, tempat-tempat menarik yang akan dilawati, restoran yang akan dikunjungi dan jumlah perbelanjaan. Sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Datok Palembang, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar dan Sekolah Kebangsaan Bukit Baru. Sekolah menengah pula terdiri daripada Sekolah Menengah Bukit Baru, Sekolah Menengah St. David dan Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Durian Daun. Pada sebelah petang pula,telah diadakan Kuiz ICT bertempat di Auditorium Rumah Media Melaka. Kuiz ICT ini dibahagikan kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Bagi kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar telah menjadi johan dan bagi kategori Sekolah Menengah pula, SMK Bukit Baru telah menjadi johan. Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Norita Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Melaka. ![]()
|
~~ARKIB~~ ~~FASILITATOR~~ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |