Monday, March 31, 2008

DUN MERLIMAU - HARI KEDUA
Hari kedua menyaksikan kunjungan para peserta yang teridi daripada para pelajar sekolah. Sebanyak sembilan buah sekolah yang terlibat dalam aktiviti pada hari ini. Mereka di pecahkan kepada para pelajar sekolah rendah dan juga para pelajar sekolah menengah. Bagi para pelajar sekolah menengah, mereka telah diajar untuk membuat blog.Satu pertandingan mencipta blog telah dijalankan dan Sekolah Teknik Jasin telah berjaya memenanginya. Untuk para pelajar sekolah rendah pula, mereka telah diajar untuk membina satu persembahan multimedia dan pengunaan internet secara positif. Di akhir aktiviti, satu kuiz ICT telah dijalankan. Berikut adalah senarai pemenang :

Kategori Sekolah Rendah:
Johan - Sekolah Kebangsaan Chinchin
Naib Johan - Sekolah Kebangsaan Chabau

Ketiga - Sekolah Kebangsaan Chohong

Kategori Sekolah Menengah:

Johan - Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah

Naib Johan - Sekolah Menengah Datuk Bendahara

Ketiga - Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran

Pendaftaran para pelajar

Antara para pelajar sekolah menengah yang hadir

Para pelajar khusyuk membuat blog

Giliran para pelajar sekolah rendah mengenali ICT

Tekun membina persembahan multimedia

Pertandingan Kuiz ICT Sekolah Rendah

Para pemenang bersama hadiah masing-masing

Pertandingan Kuiz ICT Sekolah Menengah

Para pemenang bergambar bersama Pn.Norita


by Program ICT @ 8:32 PM
19 Comments


***************

Sunday, March 30, 2008

DUN MERLIMAU - HARI PERTAMA Minggu ketiga PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA di jalankan di Kg.Chenderah, Merlimau Jasin. Pada kali ini, Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Seperti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum ini, hari pertama merupakan hari untuk para belia dan dewasa mempelajari dunia ICT. Sesi pembelajaran dan pengajaran bermula lebih kurang pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Kemudian acara diteruskan dengan upacara penutupan program yang disempurnakan oleh Puan Norita Jantan selaku Pemangku Ketua Eksekutif Institut Pengurusan Melaka. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah yang meriah.


Para peserta mendaftarkan diri

Para belia mencuba bakat di simulasi Space Shuttle

Antara para peserta yang hadir

Sesi pembelajaran di dalam kelas

Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Upacara penutupan majlis oleh Pn. Norita Jantan

Acara cabutan bertuah

Peserta yang bertuah yang memenangi hadiah utama


by Program ICT @ 8:11 PM
0 Comments


***************

Sunday, March 23, 2008

:: MUKIM SERKAM - HARI KEDUA ::

Hari kedua PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA di Dun Serkam, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Peserta yang pada awalnya dalam anggaran seramai 100 orang telah berubah menjadi seramai lebih kurang 150 orang. Pada hari ini para peserta terdiri daripada para pelajar sekolah. Mengikut perkiraan, setiap sekolah hanya dikehendaki menghantar 10 orang pelajar. Namun demikian, para pelajar yang lain telah mengambil inisiatif mereka sendiri untuk turut serta dalam program yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Sememangnya penyertaan mereka adalah sangat dialu-alukan terutama sekali bagi mereka yang kurang mahir dalam dunia ICT. Semoga dengan ilmu yang telah dicurahkan dan yang telah dikongsi bersama ini dapat dimanfaatkan kearah kebaikan.

Kaunter pendaftaran sesak di hari kedua

Sesi Sekolah Menengah - Antara para pelajar yang turut serta

Fasilitator Azim memberi tunjuk ajar kepada peserta

Fasilitator Sardi turut membantu peserta ini

Para pelajar sekolah rendah mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. Hafiz

Giliran para pelajar sekolah rendah mengambil tempat

Bersemangat mengenali dunia Internet

Khusyuk mencuba sesuatu yang baru

Peserta yang berusia 7 tahun ini yang turut sama ingin mempelajari Internet

Para Fasilitator sedang membantu para pelajar

Kuiz ICT Sekolah Menengah sedang dijalankan

Para pemenang bagi Kuiz ICT Sekolah Menengah

Kuiz ICT Sekolah Rendah sedang dijalankan

Para pemenang Kuiz ICT Sekolah Rendah


by Program ICT @ 9:22 PM
0 Comments


***************

Saturday, March 22, 2008

:: MUKIM SERKAM - HARI PERTAMA ::

Hari ini tibalah giliran Dun Serkam untuk menerima kunjungan PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA Penyertaan daripada masyarakat Dun Serkam sememangnya amat menggalakkan. Untuk hari pertama, penyertaan dibuka kepada peringkat umur belia dan dewasa. Seramai lebih kurang 80 orang peserta yang berminat untuk mempelajari tentang dunia ICT ini.

Para peserta telah didedahkan tentang pengunaan Internet secara positif yang dapat memberi manfaat kepada kehidupaan seharian mereka. Diketuai oleh Dr.Ahmad Zaharim dan dibantu dengan 12 orang fasilitator yang berwibawa, matlamat program pada hari pertama telah berjaya dicapai.

Kaunter pendaftaran pada hari pertama


Dr.Ahmad Zaharim memberikan ceramah pembukaan


Sesi pembelajaran dimulakan


Para peserta dibantu oleh para fasilitator semasa proses pembelajaran dijalankan.


Para peserta khusyuk melayari Internet

YB En. Ghazale Muhamad, Adun Serkam beramah mesra dengan peserta

YB En. Ghazale Muhamad, menyampaikan ucapan penutupan majlis

Sesi penyampaian sijil kepada para peserta

Cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan majlis

Antara peserta yang bertuah



by Program ICT @ 8:59 PM
0 Comments


***************

Sunday, March 2, 2008

MUKIM BUKIT BARU-HARI KEDUA PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA.

Hari kedua program menumpukan kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Untuk sesi pertama, para pelajar di ajar bagaimana untuk membina satu persembahan multimedia. Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi semasa sessi pengajaran ini dijalankan.

Sesi kedua pula para pelajar dikehendaki menggunakan internet secara positif. Para pelajar telah dibahagikan mengikut fasilitator masing-masing. Mereka telah diberikan aktiviti dimana aktiviti tersebut akan dinilai dan persembahan terbaik akan menerima hadiah berupa Pen Drive 1G. Aktiviti yang dijalankan ialah para pelajar dikehendaki menyediakan satu bajet percutian dan dalam bajet tersebut ia haruslah terdiri daripada jadual penerbangan pergi dan balik, keadaan cuaca di negara yang dilawati, tempat-tempat menarik yang akan dilawati, restoran yang akan dikunjungi dan jumlah perbelanjaan. Sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Datok Palembang, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar dan Sekolah Kebangsaan Bukit Baru. Sekolah menengah pula terdiri daripada Sekolah Menengah Bukit Baru, Sekolah Menengah St. David dan Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Durian Daun.

Pada sebelah petang pula,telah diadakan Kuiz ICT bertempat di Auditorium Rumah Media Melaka. Kuiz ICT ini dibahagikan kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Bagi kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar telah menjadi johan dan bagi kategori Sekolah Menengah pula, SMK Bukit Baru telah menjadi johan. Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Norita Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Melaka.

Antara para pelajar yang hadir ke program ini.

Para pelajar tekun mendegar penjelasan fasilitator.



Aktiviti berkumpulan dimulakan

Fasilitator Adillah membantu para pelajar semasa membina persembahan multimedia.


Fasilitator Thony memberi tunjuk ajar kepada para pelajar.




Para pelajar khusyuk menyiapkan tugasan yang diberikan



Para pelajar dari sekolah rendah membentangkan hasil kerja mereka


Para pelajar dari sekolah menengah membentangkan hasil kerja mereka


Kuiz ICT


Para pelajar menerim hadiah daripada Puan Norita


by Program ICT @ 9:19 PM
0 Comments


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com