Saturday, March 1, 2008

:: MUKIM BUKIT BARU- HARI PERTAMA PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA ::

Hari ini merupakan hari pelancaran Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Turut sama dalam pelancaran ini adalah Pelancaran Citrawarna Animasi Empayar Melaka. YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah merasmikan upacara pelancaran ini.

Aktiviti Program Latihan telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Kumpulan yang terlibat pada pagi ini terdiri daripada para belia dan warga emas. Sesi dimulakan dengan ceramah motivasi ICT yang diberikan oleh Prof Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin (Dekan FTMK) dari Universiti Teknikal Malaysia. Sesi kedua pula adalah mengenai Motivasi ICT dimana para peserta telah di ajar cara untuk melayari Internet dan memilih laman web-laman web yang bersesuaian.

Sesi berikutnya di langsungkan selepas rehat makan tengah hari. Kali ini para peserta di bahagikan kepada dua kumpulan yang dikendalikan oleh Fasilitator Dr. Zaharim dan Fasilitator Hasanah. Kumpulan dibawah Fasilitator Dr.Zaharim diajar cara-cara untuk membuka akaun emel manakala kumpulan dibawah Fasilittaor Hasanah pula di ajar mengenai blog. Sesi berakhir dengan acara cabutan bertuah dimana 10 hadiah menarik ditawrakan kepada para peserta dan para pengunjung Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka.


Penyediaan Bilik Latihan ICT

Para pelajar tertarik dengan 3D Model yang dikendalikan oleh Fasilitator Azim


YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka melawat ruang pameran.


Prof Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin memberikan ceramah motivasi ICT kepada para peserta.


Warga emas dan belia sedang tekun mempelajari internet.


by Program ICT @ 8:58 PM


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com