Sunday, March 2, 2008

MUKIM BUKIT BARU-HARI KEDUA PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA.

Hari kedua program menumpukan kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Untuk sesi pertama, para pelajar di ajar bagaimana untuk membina satu persembahan multimedia. Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi semasa sessi pengajaran ini dijalankan.

Sesi kedua pula para pelajar dikehendaki menggunakan internet secara positif. Para pelajar telah dibahagikan mengikut fasilitator masing-masing. Mereka telah diberikan aktiviti dimana aktiviti tersebut akan dinilai dan persembahan terbaik akan menerima hadiah berupa Pen Drive 1G. Aktiviti yang dijalankan ialah para pelajar dikehendaki menyediakan satu bajet percutian dan dalam bajet tersebut ia haruslah terdiri daripada jadual penerbangan pergi dan balik, keadaan cuaca di negara yang dilawati, tempat-tempat menarik yang akan dilawati, restoran yang akan dikunjungi dan jumlah perbelanjaan. Sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Datok Palembang, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar dan Sekolah Kebangsaan Bukit Baru. Sekolah menengah pula terdiri daripada Sekolah Menengah Bukit Baru, Sekolah Menengah St. David dan Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Durian Daun.

Pada sebelah petang pula,telah diadakan Kuiz ICT bertempat di Auditorium Rumah Media Melaka. Kuiz ICT ini dibahagikan kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Bagi kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Seri Bandar telah menjadi johan dan bagi kategori Sekolah Menengah pula, SMK Bukit Baru telah menjadi johan. Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Norita Jantan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Melaka.

Antara para pelajar yang hadir ke program ini.

Para pelajar tekun mendegar penjelasan fasilitator.



Aktiviti berkumpulan dimulakan

Fasilitator Adillah membantu para pelajar semasa membina persembahan multimedia.


Fasilitator Thony memberi tunjuk ajar kepada para pelajar.




Para pelajar khusyuk menyiapkan tugasan yang diberikan



Para pelajar dari sekolah rendah membentangkan hasil kerja mereka


Para pelajar dari sekolah menengah membentangkan hasil kerja mereka


Kuiz ICT


Para pelajar menerim hadiah daripada Puan Norita


by Program ICT @ 9:19 PM


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com