Monday, April 28, 2008 MUKIM TG.BIDARA - HARI KEDUAHari kedua program kami menerima kunjungan 100 orang para pelajar daripada sekolah di sekitar Tg.Bidara ini. Para pelajar dari sekolah rendah dan menengah ini kelihatan teruja untuk mengikuti Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka ini. Program latihan dipecahkan kepada dua bahagian. Para pelajar dari sekolah mennegah terlebih dahulu mempelajari cara-cara membina blog diikuti dengan aktiviti berkumpulan. Sementara itu para pelajar dari sekolah rendah mempelajari tentang robotik, simulasi kapala angkasa dan mengenali bintang-bintang sebelum mempelajari cara-cara untuk membina persembahan multimedia. Pada sebelah petang puta, Kuiz ICT telah dijalankan. Berikut merupakan keputusan Kuiz ICT bagi peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah: Sekolah Menengah: Johan - SMK Rahmat NAib Johan - SMK Dato Hj Talib Karim Ketiga - SMK Lubuk China Sekolah Rendah: Johan - SK Sri Laksamana Naib Johan - SK Tg. Bidara Ketiga - SK Durian Daun ![]()
Sunday, April 27, 2008 MUKIM TG.BIDARA - HARI PERTAMAMinggu ke lima Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka kali ini di jalankan di Sekolah Rendah Agama JAIM DI Tg.BIdara. Seawal pagi lagi kami telah berkumpul di sekolah ini untuk menyediakan tempat pembelajaran dan juga ruang pameran. Para peserta telah mula mendaftarkan diri sejak pukul 8.45 pagi lagi. Seperti mukim-mukim sebelum ini, penyertaan yang kami terima adalah amat menggalakan. Bermula dengan aktiviti mengenali apa itu internet di sebelah pagi, para peserta setia mengikuti program ini hingga ke membina laman blog di sebelah petangnya. Majlis berakhir dengan acara cabutan nombor bertuah yang meriah. ![]()
Monday, April 14, 2008 MUKIM SELANDAR- HARI KEDUAHari kedua, seawal pagi lagi para pelajar di sekitar Pekan Selandar telah hadir untuk mengikuti Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Sebanyak 5 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah menyertai program hari kedua ini. Aktiviti dibahagikan mengikut sekolah rendah dan sekolah menengah. Para pelajar sekolah rendah telah mengikuti aktiviti berkaitan robotik, kapal angkasa dan penerokaan bintang-bintang. Bagi para pelajar sekolah menengah, mereka telah mempelajari cara-cara untuk membina laman blog. Mereka juga dikehendaki menyiapkan satu laman blog yang berkaitan dengan percutian ke luar negara. Pertandingan membina laman blog ini telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Simpang Bekoh. Pada sebelah petang, Kuiz ICT dijalankan. Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertangdingan Kuiz ICT Mukim Ke Lima. Kategori Sekolah Rendah: Johan- Sekolah Kebangsaan Selandar Naib Johan - Sekolah Bukit Senggeh Ketiga - Sekolah Kebangsaan Batang Melaka Kategori Sekolah Menengah: Johan - SMK Tebong Naib Johan - SMKA As-Syakirin Ketiga - SM Simpang Bekoh ![]()
Sunday, April 13, 2008 MUKIM SELANDAR- HARI PERTAMAMinggu ke lima ini kami berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Batang Melaka untuk melaksanankan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Seperti mukim-mukim sebelum ini, hari pertama latihan adalah disediakan untuk golongan peringkat belia dan dewasa. Sambutan daripada masyarakat setempat amat menggalakan. Mereka begitu bersemangat mengikuti aktiviti yang telah disediakan dari pagi hingga ke petang. Sesi berakhir dengan upacara penutup dan juga cabutan nombor bertuah. ![]()
Monday, April 7, 2008 DUN RIM - HARI KEDUAHari kedua program ini dijalankan, giliran para pelajar sekolah mengambil tempat. Para pelajar telah dibahagikan mengikut pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kali ini para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada dunia ICT tetapi juga kepada perkara-perkara lain. Antaranya ialah menggunakan simulasi pendaratan Space Shuttle, penggunaan robotik dan juga menggunakan Stellarium. Para pelajar sekolah menenegah pula didedahkan dengan blog dan para pelajar sekolah rendah pula di ajar bagaimana untuk membina persembahan multimedia. Satu pertandingan membina blog telah diadakan dan SMK Jasin telah menjaid pemenang utama. Pada sebelah petangnya pula, Kuiz ICT dijalankan. Berikut adalah senarai pemenang bagi Kuiz ICT DUN Rim. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
~~ARKIB~~ ~~FASILITATOR~~ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |