Monday, April 28, 2008

MUKIM TG.BIDARA - HARI KEDUA

Hari kedua program kami menerima kunjungan 100 orang para pelajar daripada sekolah di sekitar Tg.Bidara ini. Para pelajar dari sekolah rendah dan menengah ini kelihatan teruja untuk mengikuti Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka ini. Program latihan dipecahkan kepada dua bahagian. Para pelajar dari sekolah mennegah terlebih dahulu mempelajari cara-cara membina blog diikuti dengan aktiviti berkumpulan. Sementara itu para pelajar dari sekolah rendah mempelajari tentang robotik, simulasi kapala angkasa dan mengenali bintang-bintang sebelum mempelajari cara-cara untuk membina persembahan multimedia.

Pada sebelah petang puta, Kuiz ICT telah dijalankan. Berikut merupakan keputusan Kuiz ICT bagi peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah:


Sekolah Menengah:
Johan - SMK Rahmat
NAib Johan - SMK Dato Hj Talib Karim
Ketiga - SMK Lubuk China

Sekolah Rendah:
Johan - SK Sri Laksamana
Naib Johan - SK Tg. Bidara
Ketiga - SK Durian Daun

Para pelajar sekolah menengah membina laman blog


Lego robotik


Simulator pendaratan kapal angkasa


Stellarium bersama fasilitator Hajar


Kuiz ICT 2008


Pemenang Kuiz ICT Sekolah Rendah 2008


Pemenang Kuiz ICT Sekolah Menengah 2008


by Program ICT @ 5:17 PM
23 Comments


***************

Sunday, April 27, 2008

MUKIM TG.BIDARA - HARI PERTAMA

Minggu ke lima Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka kali ini di jalankan di Sekolah Rendah Agama JAIM DI Tg.BIdara. Seawal pagi lagi kami telah berkumpul di sekolah ini untuk menyediakan tempat pembelajaran dan juga ruang pameran.

Para peserta telah mula mendaftarkan diri sejak pukul 8.45 pagi lagi. Seperti mukim-mukim sebelum ini, penyertaan yang kami terima adalah amat menggalakan. Bermula dengan aktiviti mengenali apa itu internet di sebelah pagi, para peserta setia mengikuti program ini hingga ke membina laman blog di sebelah petangnya. Majlis berakhir dengan acara cabutan nombor bertuah yang meriah.


Pendaftaran seawal pagi


Melayari Internet


Membina blog

Khusyuk mendengar penerangan di hadapan

Pemenang utama bagi cabutan nombor bertuah


by Program ICT @ 9:11 PM
3 Comments


***************

Monday, April 14, 2008

MUKIM SELANDAR- HARI KEDUA

Hari kedua, seawal pagi lagi para pelajar di sekitar Pekan Selandar telah hadir untuk mengikuti Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Sebanyak 5 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah menyertai program hari kedua ini. Aktiviti dibahagikan mengikut sekolah rendah dan sekolah menengah. Para pelajar sekolah rendah telah mengikuti aktiviti berkaitan robotik, kapal angkasa dan penerokaan bintang-bintang. Bagi para pelajar sekolah menengah, mereka telah mempelajari cara-cara untuk membina laman blog. Mereka juga dikehendaki menyiapkan satu laman blog yang berkaitan dengan percutian ke luar negara. Pertandingan membina laman blog ini telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Simpang Bekoh.

Pada sebelah petang, Kuiz ICT dijalankan. Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertangdingan Kuiz ICT Mukim Ke Lima.

Kategori Sekolah Rendah:

Johan- Sekolah Kebangsaan Selandar
Naib Johan - Sekolah Bukit Senggeh
Ketiga - Sekolah Kebangsaan Batang Melaka

Kategori Sekolah Menengah:
Johan - SMK Tebong
Naib Johan - SMKA As-Syakirin
Ketiga - SM Simpang Bekoh



Para pelajar mendaftarkan diri


Muka-muka ceria di hari kedua


Antara para pelajar Sekolah Menengah yang hadir


Membina laman blog


Robotik bersama Fasilitator Sardi


Simulasi kapal angkasa bersama Fasilitator Azim


Penerokaan bintang-bintang bersama Fasilitator Hajar


Membina persembahan multimedia


Fasilitator Azmin membantu pelajar dalam persembahan multimedia


Kuiz ICT Sekolah Rendah


Para pemenang Kuiz ICT Sekolah Rendah


Persembahan laman blog oleh para pelajar sekolah menengah


Penyampaian hadiah kepada pemenang laman blog


Kuiz ICT Sekolah Menengah


Pemenang Kuiz ICT Sekolah Menengah


by Program ICT @ 8:19 PM
5 Comments


***************

Sunday, April 13, 2008

MUKIM SELANDAR- HARI PERTAMA

Minggu ke lima ini kami berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Batang Melaka untuk melaksanankan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Seperti mukim-mukim sebelum ini, hari pertama latihan adalah disediakan untuk golongan peringkat belia dan dewasa. Sambutan daripada masyarakat setempat amat menggalakan. Mereka begitu bersemangat mengikuti aktiviti yang telah disediakan dari pagi hingga ke petang.

Sesi berakhir dengan upacara penutup dan juga cabutan nombor bertuah.


Golongan dewasa mendaftarkan diri


Golongan belia turut tidak melepaskan peluang mempelajari ICT



Dr. Zaharim memberi ceramah ICT


Penggunaan Internet positif


Membina laman blog


Upacara penutup


Cabutan bertuah


Pemenang utama cabutan bertuah


Krew Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka


by Program ICT @ 8:07 PM
6 Comments


***************

Monday, April 7, 2008

DUN RIM - HARI KEDUA

Hari kedua program ini dijalankan, giliran para pelajar sekolah mengambil tempat. Para pelajar telah dibahagikan mengikut pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kali ini para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada dunia ICT tetapi juga kepada perkara-perkara lain. Antaranya ialah menggunakan simulasi pendaratan Space Shuttle, penggunaan robotik dan juga menggunakan Stellarium.

Para pelajar sekolah menenegah pula didedahkan dengan blog dan para pelajar sekolah rendah pula di ajar bagaimana untuk membina persembahan multimedia. Satu pertandingan membina blog telah diadakan dan SMK Jasin telah menjaid pemenang utama. Pada sebelah petangnya pula, Kuiz ICT dijalankan. Berikut adalah senarai pemenang bagi Kuiz ICT DUN Rim.


Para pelajar mendaftarkan diri


Mencuba Mind Storm Lego


Simulasi pendaratan Space Shuttle


Mempelajari membina persembahan multimedia


Fasilitator Hafizah membantu dlama membina persembahan multimedia


Membina blog


Fasilitator Nurul membantu para pelajar semasa aktiviti membina blog


Para guru turut tidak ketinggalan dalam mengenali dunia ICT


Kuiz ICT Sekolah Rendah


Para pemenang Kuiz ICT Sekolah Rendah


Persembahan blog


En.Hafiz menyampaikan hadiah kepada pemenang membina blog



Kuiz ICT Sekolah Menengah


Para pemenang Kuiz ICT Sekolah Menengah


by Program ICT @ 9:12 PM
4 Comments


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com