Monday, April 14, 2008 MUKIM SELANDAR- HARI KEDUAHari kedua, seawal pagi lagi para pelajar di sekitar Pekan Selandar telah hadir untuk mengikuti Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Sebanyak 5 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah menyertai program hari kedua ini. Aktiviti dibahagikan mengikut sekolah rendah dan sekolah menengah. Para pelajar sekolah rendah telah mengikuti aktiviti berkaitan robotik, kapal angkasa dan penerokaan bintang-bintang. Bagi para pelajar sekolah menengah, mereka telah mempelajari cara-cara untuk membina laman blog. Mereka juga dikehendaki menyiapkan satu laman blog yang berkaitan dengan percutian ke luar negara. Pertandingan membina laman blog ini telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Simpang Bekoh. Pada sebelah petang, Kuiz ICT dijalankan. Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertangdingan Kuiz ICT Mukim Ke Lima. Kategori Sekolah Rendah: Johan- Sekolah Kebangsaan Selandar Naib Johan - Sekolah Bukit Senggeh Ketiga - Sekolah Kebangsaan Batang Melaka Kategori Sekolah Menengah: Johan - SMK Tebong Naib Johan - SMKA As-Syakirin Ketiga - SM Simpang Bekoh |
~~ARKIB~~ ~~FASILITATOR~~ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |