Sunday, May 25, 2008

MUKIM TELOK MAS - HARI PERTAMA

Minggu terakhir Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka, kami berkunjung ke Telok Mas. Bertempat di JAPERUN Telok Mas, kami menerima kunjungan daripada para peserta seawal 8.30 pagi lagi. Sesi pertama dimulakan dengan Ceramah ICT yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Zaharim. Kemudian, para peserta dibawa melayari Internet. Mereka di ajar bagaimana untuk memasukkan URL, menggunakan tab, menandakan laman web dan juga menyediakan "homepage".

Sesi yang berikutnya ialah mengenali E-mel. Para peserta dibekalkan dengan satu akaun e-mail. Mereka diajar bagaimana untuk menghantar E-mel, membalas E-mel dan memajukan E-mel. Setelah selesai, para fasilitator membantu para peserta untuk membuka akaun e-mel mereka sendiri.

Sesi diteruskan dengan "Pengunaan Internet Positif". Dalam sesi ini para peserta diajar tentang teknik mencari maklumat di internet. Para peserta dikehendaki mencari beberapa maklumat yang dikehendaki dalam lampiran yang telah diedarkan.

Pada sebelah petangnya pula, para peserta telah diajar cara-cara untuk membina laman blog. Hampir kesemua para peserta yang menghadirkan diri dalam program ini telah berjaya membina laman blog masing-masing. Program kemudiannya diteruskan dengan upacara penutup yang telah dirasmikan oleh ADUN Telok Mas iaitu YB Datuk Latif. Beliau bersama isteri turut sama memriahkan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna kanak-kanak dan juga acara cabutan bertuah. Hari ini juga Cik Eszamila dan rakannya dari Unit Perancang Ekonomi telah sudi menghadirkan diri untuk sama-sama melihat Program Latihan Rangkaian Berspeadu ICT Negeri Melaka yang dijalankan.

Sehingga berjumpa lagi di Program akan datang.


Ceramah ICT oleh Dr. Ahmad Zaharim


Antara para peserta yang hadir


Cik Eszamila bersama para peserta


Warga emas turut tidak ketinggalan


Fasilitator Hafizah membantu para peserta


Cik Eszamila turut mebantu peserta muda ini


Antara para belia yang turut serta


Kemeriahan upacara penutup

ADUN Telok Mas, YB Datuk Latip


Penyampaian hadiah kepada pesrta pertandingan mewarna


Peserta cabutan bertuah menerima telefon bimbit Nokia


Peserta cabutan bertuah menerima hadiah utama berupa digital kamera Olympus


by Program ICT @ 12:38 PM
28 Comments


***************

Saturday, May 17, 2008

:: DUN REMBIA - HARI PERTAMA ::

Minggu ke sembilan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka, kami berkunjung ke Dun Rembia. Bertempat di Japerun Rembia, sambutan di awal pagi tidak begitu menggalakan. Walaubagaimanapun, lebih kurang pada pukul 10.30 pagi, keadaan berubah wajah apabila para peserta mula menghadirkan diri ke program ini. Secara keseluruhan, kami menerima kunjungan lebih kurang 50 orang peserta dari penduduk di sekitar Dun Rembia.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah pendek tentang dunia ICT yang telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Zaharim. Kemudian, para peserta telah didedahkan dengan mengenali internet dan juga pengunaan e-mel. Para peserta kelihatan bersemangat semasa sesi ini dijalankan. Sesi kemudiaannya akan diteruskan dengan penggunaan internet positif dan juga membina blog pada
sesi sebelah petang.


Pendaftaran Peserta


Ceramah ICT

Mengenali Internet




Menggunakan E-Mel


Para peserta dibantu oleh para Fasilitator Azmien dan Fasilitator Ifa


Bersemangat mempelajarai E-mel


Warga emas turut tidak ketinggalan sambil dibantu oleh Fasilitator Aida.


by Program ICT @ 1:05 PM
26 Comments


***************

Monday, May 5, 2008

DUN SG.UDANG- HARI KEDUA

Hari kedua program ini dijalankan, giliran para pelajar sekolah mengambil tempat. Para pelajar telah dibahagikan mengikut pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kali ini para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada dunia ICT tetapi juga kepada perkara-perkara lain. Antaranya ialah menggunakan simulasi pendaratan Space Shuttle, penggunaan robotik dan juga menggunakan Stellarium.

Para pelajar sekolah menenegah pula didedahkan dengan blog dan para pelajar sekolah rendah pula di ajar bagaimana untuk membina persembahan multimedia. Pada sebelah petangnya pula, Kuiz ICT dijalankan. Berikut adalah senarai pemenang bagi Kuiz ICT DUN Sg.Udang:

Sekolah Rendah:
Johan - SK Sg.Udang
Naib Johan - SK Kg.Gelam
Ketiga- SK Tg.Minyak

Sekolah Menengah:
Johan- SMK Malim
Naib Johan - SMK Sg.Udang
Ketiga - SMK Bukit Rambai



Belajar robotik


Simulasi kapal angkasa


Mengenali planet


Membina persembahan multimedia


Membina blog


Kuiz ICT Sekolah Rendah


Pemenang Kuiz ICT Sekolah Rendah


Kuiz ICT Sekolah Menengah

Pemenang Kuiz ICT Sekolah Menengah


by Program ICT @ 9:25 PM
17 Comments


***************

Sunday, May 4, 2008

DUN SG.UDANG - HARI PERTAMA.

Minggu ke tujuh kami berkunjung ke JAPERUN Sg.Udang untuk menjayakan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Penduduk di sekitar Sg.Udang ini menyambut baik kedatangan kami. Penyertaan yang di terima juga amat menggalakan sehingga hampir menjangkau ke seratus orang peserta.

Sesi pagi dimulakan dengan Ceramah ICT oleh Dr.Zaharim.Kemudian diikuti dengan melayari internet dan menggunakan e-mail.Di sebelah petang pula, para peserta di ajar tentang cara-cara untuk membuat carian di internet. Seterusnya, mereka diajar utntuk menghasilkan blog. Para peserta kelihatan teruja apabila berjaya menghasilkan blog masing-masing.

Setelah tamat sesi mempelajari ICT, penduduk Sg.Udang mengadakan pula sukaneka untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka. Para fasilitator tidak ketinggalan menyertai acara sukan ini. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah sukaneka dan cabutan bertuah.



Sesi pendaftaran


Wajah-wajah peserta yang hadir


Membina laman blog


Kemeriahan sukaneka


Pemenang cabutan bertuah


by Program ICT @ 9:09 PM
3 Comments


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com