Saturday, June 21, 2008

:: MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH FASA PERTAMA PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA ::


Hari ini merupakan majlis penutup dan penyampaian hadiah fasa pertama bagi Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Persiapan bagi upacara penutupan ini telah dilakukan sejak awal minggu lagi. Banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan upacara ini berjalan dengan lancar dan mengikut seperti yang dirancangkan.Selain daripada upacara penyampaian hadiah,Kuiz ICT peringkat akhir turut dijalankan dimana 10 buah sekolah yang mewakili setiap mukim akan berentap untuk memenangi hadiah utama yang berupa sebuah projektor LCD.

Kami menerima kunjungan para peserta seawal pukul 8.00 pagi lagi. Saringan pertama dijalankan bagi murid-murid Sekolah Menengah. Bertempat di Auditorium dan makmal komputer, pertandingan kuiz peringkat saringan ini dijalankan secara serentak. Setelah tamat saringan bagi para pelajar Sekolah Menengah, peserta dari peringkat Sekolah Rendah pula mengambil tempat. Hanya 5 sekolah yang terbaik sahaja akan dipilih untuk ke peringkat akhir bagi setiap sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sementara 5 buah Sekolah Rendah memberikan tentangan sengit sesama mereka pada Kuiz ICT peringkat akhir, para pelajar Sekolah Menengah telah menyertai pertandingan berikutnya iaitu "Treasure Hunt with Google Earth". Sambutan bagi "Treasure Hunt" sememangnya di luar jangkaan walaupun ini adalah pertama kali ia diperkenalkan. Para peserta dikehendakai mencari pembayang yang tersembunyi di "Google Earth" sebelum mereka sampai ke destinasi yang tepat. Menariknya, pertandingan ini turut disertai oleh guru-guru pengiring. Suasana semasa "Treasure Hunt" ini sungguh meriah. Para peserta berlumba-lumba untuk mendapatkan markah penuh bagi setiap soalan yang disertakan bersama pembayang tersebut. SMK Tinggi Perempuan Durian Daun telah berjaya muncul sebagai juara bagi pertandingan ini. Selepas itu, 5 buah Sekolah Menengah masuk semula ke Auditorium untuk berentap di Kuiz ICT Peringkat Akhir.

Keputusan bagi Pertandingan Akhir KUiz ICT Sekolah Rendah adalah seperti berikut:

Johan : SK Padang Temu
Naib Johan : SK Rembia
Ketiga : SK Pulai
Saguhati : SK Selandar & SK Seri Laksamana


Keputusan bagi Pertandingan Akhir KUiz ICT Sekolah Menengah pula adalah seperti berikut:
Johan : SMK Iskandar Syah
Naib Johan : SMK Naning
Ketiga : SMK (A) Assaiyidah Khadijan
Saguhati : SMK Tebong & SMK Tinggi Perempuan Durian Daun

Majlis penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh En.Azizan bin Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) Negeri Melaka. Maka, berakhirlah sudah PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA bagi fasa pertama ini. Kami, wakil krew PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih juga kepada para peserta dari 10 buah mukim yang turut menyertai program ini. Segala kesilapan dan kekurangan sepanjang program ini berlangsung, jutaan maaf yang kami pohon. Semoga bertemu lagi di fasa yang akan datang. Jumpa lagi!

Pesediaan sebelum upacara penutup









Kuiz ICT









Treasure Hunt











Upacara penutup dan penyampaian hadiah






by Program ICT @ 10:00 PM
0 Comments


***************

Thursday, June 12, 2008

:: MUKIM TELOK MAS BERSAMA PARA PELAJAR ::

Hari ini kami berkunjung semula ke Media House Melaka untuk menjayakan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Program hari ini diadakan untuk para pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah dari mukim Telok Mas.





by Program ICT @ 10:35 AM
14 Comments


***************

Wednesday, June 11, 2008

:: MUKIM REMBIA BERSAMA PARA PELAJAR ::

Hari ini kami berkunjung semula ke Tanjung Bidara untuk menjayakan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Program hari ini diadakan untuk para pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah.



by Program ICT @ 10:40 AM
32 Comments


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com