Wednesday, January 21, 2009

Setelah 3 hari kami berkampung di tingkat 4 bangunan K-Ekonomi Inkubator, hari ini merupakan hari terakhir kami di sini.

Pelabagai jenis teknik dan kaedah baru yang dapat di pelajari sepanjang 3 hari kursus ini dijalankan.

Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan teknik-teknik tersebut bukan sahaja dalam hal-hal kerja tetapi juga dalam hal-hal yang berkaitan.

Semoga berjumpa lagi di masa akan datang. ^_^


by Program ICT @ 4:03 PM
3 Comments Links to this post


***************

Saturday, June 21, 2008

:: MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH FASA PERTAMA PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA ::


Hari ini merupakan majlis penutup dan penyampaian hadiah fasa pertama bagi Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Persiapan bagi upacara penutupan ini telah dilakukan sejak awal minggu lagi. Banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan upacara ini berjalan dengan lancar dan mengikut seperti yang dirancangkan.Selain daripada upacara penyampaian hadiah,Kuiz ICT peringkat akhir turut dijalankan dimana 10 buah sekolah yang mewakili setiap mukim akan berentap untuk memenangi hadiah utama yang berupa sebuah projektor LCD.

Kami menerima kunjungan para peserta seawal pukul 8.00 pagi lagi. Saringan pertama dijalankan bagi murid-murid Sekolah Menengah. Bertempat di Auditorium dan makmal komputer, pertandingan kuiz peringkat saringan ini dijalankan secara serentak. Setelah tamat saringan bagi para pelajar Sekolah Menengah, peserta dari peringkat Sekolah Rendah pula mengambil tempat. Hanya 5 sekolah yang terbaik sahaja akan dipilih untuk ke peringkat akhir bagi setiap sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sementara 5 buah Sekolah Rendah memberikan tentangan sengit sesama mereka pada Kuiz ICT peringkat akhir, para pelajar Sekolah Menengah telah menyertai pertandingan berikutnya iaitu "Treasure Hunt with Google Earth". Sambutan bagi "Treasure Hunt" sememangnya di luar jangkaan walaupun ini adalah pertama kali ia diperkenalkan. Para peserta dikehendakai mencari pembayang yang tersembunyi di "Google Earth" sebelum mereka sampai ke destinasi yang tepat. Menariknya, pertandingan ini turut disertai oleh guru-guru pengiring. Suasana semasa "Treasure Hunt" ini sungguh meriah. Para peserta berlumba-lumba untuk mendapatkan markah penuh bagi setiap soalan yang disertakan bersama pembayang tersebut. SMK Tinggi Perempuan Durian Daun telah berjaya muncul sebagai juara bagi pertandingan ini. Selepas itu, 5 buah Sekolah Menengah masuk semula ke Auditorium untuk berentap di Kuiz ICT Peringkat Akhir.

Keputusan bagi Pertandingan Akhir KUiz ICT Sekolah Rendah adalah seperti berikut:

Johan : SK Padang Temu
Naib Johan : SK Rembia
Ketiga : SK Pulai
Saguhati : SK Selandar & SK Seri Laksamana


Keputusan bagi Pertandingan Akhir KUiz ICT Sekolah Menengah pula adalah seperti berikut:
Johan : SMK Iskandar Syah
Naib Johan : SMK Naning
Ketiga : SMK (A) Assaiyidah Khadijan
Saguhati : SMK Tebong & SMK Tinggi Perempuan Durian Daun

Majlis penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh En.Azizan bin Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) Negeri Melaka. Maka, berakhirlah sudah PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA bagi fasa pertama ini. Kami, wakil krew PROGRAM LATIHAN RANGKAIAN BERSEPADU ICT NEGERI MELAKA mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih juga kepada para peserta dari 10 buah mukim yang turut menyertai program ini. Segala kesilapan dan kekurangan sepanjang program ini berlangsung, jutaan maaf yang kami pohon. Semoga bertemu lagi di fasa yang akan datang. Jumpa lagi!

Pesediaan sebelum upacara penutup









Kuiz ICT









Treasure Hunt











Upacara penutup dan penyampaian hadiah






by Program ICT @ 10:00 PM
0 Comments Links to this post


***************

Thursday, June 12, 2008

:: MUKIM TELOK MAS BERSAMA PARA PELAJAR ::

Hari ini kami berkunjung semula ke Media House Melaka untuk menjayakan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Program hari ini diadakan untuk para pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah dari mukim Telok Mas.





by Program ICT @ 10:35 AM
14 Comments Links to this post


***************

Wednesday, June 11, 2008

:: MUKIM REMBIA BERSAMA PARA PELAJAR ::

Hari ini kami berkunjung semula ke Tanjung Bidara untuk menjayakan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka. Program hari ini diadakan untuk para pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah.



by Program ICT @ 10:40 AM
32 Comments Links to this post


***************

Sunday, May 25, 2008

MUKIM TELOK MAS - HARI PERTAMA

Minggu terakhir Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka, kami berkunjung ke Telok Mas. Bertempat di JAPERUN Telok Mas, kami menerima kunjungan daripada para peserta seawal 8.30 pagi lagi. Sesi pertama dimulakan dengan Ceramah ICT yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Zaharim. Kemudian, para peserta dibawa melayari Internet. Mereka di ajar bagaimana untuk memasukkan URL, menggunakan tab, menandakan laman web dan juga menyediakan "homepage".

Sesi yang berikutnya ialah mengenali E-mel. Para peserta dibekalkan dengan satu akaun e-mail. Mereka diajar bagaimana untuk menghantar E-mel, membalas E-mel dan memajukan E-mel. Setelah selesai, para fasilitator membantu para peserta untuk membuka akaun e-mel mereka sendiri.

Sesi diteruskan dengan "Pengunaan Internet Positif". Dalam sesi ini para peserta diajar tentang teknik mencari maklumat di internet. Para peserta dikehendaki mencari beberapa maklumat yang dikehendaki dalam lampiran yang telah diedarkan.

Pada sebelah petangnya pula, para peserta telah diajar cara-cara untuk membina laman blog. Hampir kesemua para peserta yang menghadirkan diri dalam program ini telah berjaya membina laman blog masing-masing. Program kemudiannya diteruskan dengan upacara penutup yang telah dirasmikan oleh ADUN Telok Mas iaitu YB Datuk Latif. Beliau bersama isteri turut sama memriahkan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna kanak-kanak dan juga acara cabutan bertuah. Hari ini juga Cik Eszamila dan rakannya dari Unit Perancang Ekonomi telah sudi menghadirkan diri untuk sama-sama melihat Program Latihan Rangkaian Berspeadu ICT Negeri Melaka yang dijalankan.

Sehingga berjumpa lagi di Program akan datang.


Ceramah ICT oleh Dr. Ahmad Zaharim


Antara para peserta yang hadir


Cik Eszamila bersama para peserta


Warga emas turut tidak ketinggalan


Fasilitator Hafizah membantu para peserta


Cik Eszamila turut mebantu peserta muda ini


Antara para belia yang turut serta


Kemeriahan upacara penutup

ADUN Telok Mas, YB Datuk Latip


Penyampaian hadiah kepada pesrta pertandingan mewarna


Peserta cabutan bertuah menerima telefon bimbit Nokia


Peserta cabutan bertuah menerima hadiah utama berupa digital kamera Olympus


by Program ICT @ 12:38 PM
28 Comments Links to this post


***************

Saturday, May 17, 2008

:: DUN REMBIA - HARI PERTAMA ::

Minggu ke sembilan Program Latihan Rangkaian Bersepadu ICT Negeri Melaka, kami berkunjung ke Dun Rembia. Bertempat di Japerun Rembia, sambutan di awal pagi tidak begitu menggalakan. Walaubagaimanapun, lebih kurang pada pukul 10.30 pagi, keadaan berubah wajah apabila para peserta mula menghadirkan diri ke program ini. Secara keseluruhan, kami menerima kunjungan lebih kurang 50 orang peserta dari penduduk di sekitar Dun Rembia.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah pendek tentang dunia ICT yang telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Zaharim. Kemudian, para peserta telah didedahkan dengan mengenali internet dan juga pengunaan e-mel. Para peserta kelihatan bersemangat semasa sesi ini dijalankan. Sesi kemudiaannya akan diteruskan dengan penggunaan internet positif dan juga membina blog pada
sesi sebelah petang.


Pendaftaran Peserta


Ceramah ICT

Mengenali Internet




Menggunakan E-Mel


Para peserta dibantu oleh para Fasilitator Azmien dan Fasilitator Ifa


Bersemangat mempelajarai E-mel


Warga emas turut tidak ketinggalan sambil dibantu oleh Fasilitator Aida.


by Program ICT @ 1:05 PM
26 Comments Links to this post


***************

~~ARKIB~~

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

January 2009



~~FASILITATOR~~












Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com